[ad_1]

KUALA LUMPUR: Wisma Putra hari ini memaklumkan kempat-empat pelajar Malaysia yang tercedera dalam insiden rompakan di Durban, Afrika Selatan pada hari Jumaat, 3 Januari lalu telah menerima rawatan di Hospital King Edward, Durban dengan dua daripada mereka telah dibenarkan keluar.

Pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria juga telah melawat para pelajar terbabit.

“Empat orang pelajar Malaysia yang berumur di antara 19 sehingga 27 tahun yang cedera telah menerima rawatan di Hospital King Edward, Durban.

“Dua orang daripada mangsa telah dibenarkan keluar dari hospital, manakala dua orang lagi masih menerima rawatan,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi, pihak keluarga dan pengurusan pusat pengajian pelajar terbabit telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut.

Selain itu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria juga akan terus memantau keadaan mangsa dan memastikan keselamatan serta kebajikan mereka terpelihara.

Kementerian sebelum ini memaklumkan seorang daripada mangsa ditembak di bahagian kaki, manakala dua lagi ditikam dalam insiden berkenaan.




[ad_2]
Source link