[ad_1]

ALOR SETAR: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah mengisytiharkan keluar parti hari ini dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Mereka ialah ADUN Lunas Azman Nasrudin dan ADUN Sidam Dr Robert Ling Kui Ee – kedua-duanya dari PKR.

Pada masa sama, mereka turut menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

Pada sidang media di sini hari ini, kedua-dua mereka menegaskan keputusan terbabit diambil susulan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut mereka, Anwar dilihat mempunyai kepentingan peribadi untuk menjadi Perdana Menteri.

Azman berkata, kedua-dua mereka kini menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di peringkat Persekutuan serta penubuhan kerajaan PN di peringkat negeri Kedah.

Menurutnya, satu pengumuman khas akan dibuat petang ini bagi memaklumkan mengenai satu kerjasama politik baharu di negeri Kedah, sekali gus membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) campur Bersatu di negeri itu.

Sementara itu, Robert menyatakan, beliau akan turut melepaskan semua jawatan dalam parti yang disandang ketika ini, termasuk sebagai Ketua Cabang PKR Sungai Petani.



[ad_2]
Source link