[ad_1]

KEMENTERIAN Iran bidas dakwaan Arab Saudi selepas dituduh bertanggungjawab ke atas serangan loji minyak ARAMCO.

Penasihat Presiden Iran menerusi muat naik di laman Twitter pada Rabu berkata Arab Saudi tidak mengetahui situasi sebenar yang berlaku.

Kenyataan itu dibuat selepas kerajaan Arab Saudi mendakwa Iran menaja serangan terbabit dalam sebuah sidang media sambil menunjukkan bukti serangan di tapak loji minyak berkenaan.

“Sidang media tersebut menunjukkan bahawa Arab Saudi tidak tahu apa-apa mengenai arah mana peluru berpandu dan dron itu dilancarkan dan ia membuktikan sistem pertahanan negara mereka gagal,” kata Hesameddin Ashena menerusi satu Tweet.

BACA: Arab Saudi dakwa serangan fasiliti minyak Aramco ditaja Iran

Dalam usaha untuk menyokong dakwaan bahawa Iran bertanggungjawab untuk serangan tersebut, Arab Saudi menunjukkan serpihan pesawat dan peluru berpandu yang dikatakan bukti kepada pencerobohan Iran.



[ad_2]
Source link