[ad_1]

RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi dilapor telah menahan seorang lagi kerabat diraja menjadikan jumlah terkini seramai empat orang.

Putera diraja keempat itu dilapor ditahan atas arahan Putera Mahkota, lapor The New York Times yang memetik sumber dalaman yang rapat dengan keluarga diraja.

Menurut laporan itu, tangkapan terbaharu ini membabitkan Putera Nayef bin Ahmed, seorang bekas anggota risikan tentera.

Terdahulu, berita tiga putera termasuk adik dan anak saudara lelaki Raja Salman ditahan kerana didakwa merancang rampasan kuasa menggemparkan dunia.

Pengawal kerajaan menahan Putera Ahmed Abdulaziz al-Saud yang juga adik beradik Raja Salman, dan anak saudara kepada raja itu, Putera Mohammed Nayef, dituduh melakukan pengkhianatan bertujuan untuk menyingkirkan Putera Mahkota pewaris kepada takhta Arab.

Adik kepada Putera Mohammed iaitu Putera Nawaf Nayef turut ditahan pada hari yang sama. Mereka dibawa keluar dari kediaman mereka oleh pengawal diraja berpakaian hitam pada awal pagi Sabtu, lapor AFP.

Menurut Mahkamah Diraja Arab Saudi, kedua-dua putera terbabit yang sebelum ini pesaing berpotensi untuk takhta, didakwa ‘merancang rampasan kuasa bagi menjatuhkan Raja dan Putera Mahkota’ serta boleh dipenjarakan seumur hidup atau dikenakan hukuman mati.

Pada masa sama, kerajaan Arab Saudi turut menyatakan bahawa sekumpulan pegawai kementerian dan tentera turut terlibat.

“Dengan adanya pembersihan ini, tiada pesaing yang kekal untuk menghentikan penggantian Putera Mahkota ke takhtanya,” katanya.

Penahanan tersebut juga telah menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai kesihatan Raja Salman yang berusia 84 tahun sama ada penggantian putera mahkota akan berlaku.

Namun sumber menyatakan Raja Salman kini dalam keadaan sihat dan tujuan penahanan tersebut dilakukan bertujuan untuk menguatkuasakan “disiplin” dalam keluarga diraja.



[ad_2]
Source link