LUCKNOW: Seorang wanita ditahan serta didakwa atas tuduhan membunuh selepas polis di negeri Uttar Pradesh, India menemukan mayat bayi yang disorok dalam sebuah beg guni berhampiran rumahnya.

Polis di Greater Noida berkata, wanita berusia 26 tahun itu disyaki mencekik sehingga mati bayi lelakinya yang berusia 8 bulan menggunakan sehelai selendang.

Suami dan bapa mertua wanita terbabit turut ditahan dan berdepan tuduhan konspirasi jenayah kerana membuang mayat bayi tersebut di dalam parit.

Pada mulanya, suspek yang dikenali sebagai Hema memberitahu anaknya terjatuh daripada katil namun siasatan lanjut mendapati dia mencekik mangsa kerana berang dituduh menjalin hubungan sulit dengan adik ipar oleh suaminya sendiri.

“Suspek memberitahu suami dan bapa mertuanya bahawa bayi tersebut mati selepas terjatuh daripada katil.

“Disebabkan bimbang ditahan polis, dia meminta mereka menyembunyikan kematian tersebut,” kata polis.

Polis menemui mayat berkenaan pada Rabu lalu, kira-kira 10 hari selepas bayi tersebut dibunuh. – Agensi





Source link