[ad_1]

TASEK GELUGOR: Hanya kerana disangka memandu dalam keadaan mabuk, kenderaan milik seorang wanita yang terlibat dalam satu kemalangan dengan dua buah motosikal, telah dibakar.

Kejadian berlaku di Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor kira-kira jam 9.50 malam Khamis lalu.

Kejadian itu tular di media sosial apabila seorang pemilik akaun Facebook memuatnaik beberapa keping foto menunjukkan sepasukan anggota bomba sedang memadam api pada sebuah kenderaan.

Mengulas kejadian, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noor Zainy Mohd Noor berkata, kemalangan berlaku ketika pemandu wanita berusia 56 tahun itu sedang dalam perjalanan untuk pulang ke rumah di Kepala Batas setelah setelah selesai menghantar sayur.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu wanita itu dipercayai terbabas ketika mengelak haiwan, lalu telah masuk ke laluan bertentangan dan pada masa yang sama kedua-dua penunggang motosikal datang dari arah bertentangan gagal mengelak menyebabkan mereka melanggar bahagian tepi kanan hadapan kereta,” kata Noor Zainy.

Kedua-dua penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut. - Foto PDRM

Kedua-dua penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan dan ujian saringan awal pernafasan menggunakan alat SD2+ ke atas pemandu didapati negatif dan pemandu tersebut  bukan di bawah pengaruh alkohol.

“Ketika siasatan dijalankan di tempat kejadian mendapati tiada kebakaran berlaku pada kenderaan terlibat. Walau bagaimanapun, pihak Bomba Tasek Gelugor telah menerima panggilan aduan kebakaran kenderaan pada 19 Jun 2020 jam lebih kurang jam 2 pagi dimana kereta telah terbakar,” jelas Noor Zainy lagi.

Sehubungan itu, Noor Zainy menafikan  laporan yang sedang tular di media sosial mendakwa pemandu kereta tersebut  memandu dibawah pengaruh alkohol atau mabuk.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Manakala kes berkaitan kebakaran kenderaan, polis turut membuat siasatan dibawah seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan khianat dengan api.

Polis memohon orang awam yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan kemalangan agar menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Seberang Perai Utara di talian 04-5741427 atau mana mana Balai Polis berhampiran.



[ad_2]
Source link