[ad_1]

NILAI: Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang sejak enam hari lalu diperhebat hari ini dengan penggunaan teknologi tinggi.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Nor Marzukee Besar, pihaknya menggunakan enam dron yang dilengkapi dengan teknologi thermal imaging bagi mengesan haba.

Malah pasukan SAR juga turut menggunakan pesawat jenis AS 355N yang mampu mengambil visual dari udara dan mampu mengesan thermal imaging.

“Pesawat dan dron ini mempunyai teknologi mengesan haba daripada objek dan manusia pada ketinggian 1,500 kaki pada waktu siang dan malam.

“Selain penggunaan teknologi, pencarian juga melibatkan pakar misi pencarian dalam hutan seperti  Orang Asli dan menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9),” katanya kepada Astro AWANI.



[ad_2]
Source link