KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dibelasah orang awam selepas dipercayai mencabul wanita di dalam lif di sebuah flat di Loke Yew, Kuala Lumpur kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, kejadian 10.15 malam itu berlaku ketika mangsa berusia 20 tahun turun dari rumahnya menggunakan lif.

“Sebaik tiba di tingkat satu, suspek berusia 36 tahun meluru masuk ke dalam lif dan cuba memeluk mangsa.

“Wanita itu kemudian memberitahu perkara itu kepada seorang lelaki yang berada di kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rusdi berkata, orang ramai yang berada di kawasan itu kemudian menangkap suspek.

“Suspek dipukul orang awam sebelum dia diserahkan kepada polis.

“Lelaki itu direman tiga hari bermula semalam hingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya.





Source link