[ad_1]

HANYA untuk seketika, Andik Vermansah terpaksa melupakan persaudaraan eratnya dengan Malaysia ketika tanah tumpah darahnya Indonesia akan menerima tentangan Harimau Malaya.

Indonesia akan menerima kunjungan Malaysia di stadium keramat Gelora Bung Karno untuk aksi pertama Kumpulan G, pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 pada Khamis malam.

Bagi Andik, Malaysia sudah dianggap ‘rumah kedua’nya selepas lima tahun menabur khidmatnya untuk Selangor dan Kedah dari 2013 hingga 2018 sebelum pulang ke tanah air untuk beraksi bersama pasukan Liga 1, Madura United.

Sudah pasti, tempoh separuh dekat cukup untuk membuatkan pemain berusia 28 tahun kelahiran Jember itu begitu akrab dengan hampir semua pemain negara terutamanya yang pernah menjadi rakan sepasukannya di Selangor dan Kedah.

“Orang Malaysia banyak yang teks saya, bergurau. Saya juga senang (seronok).

“Meskipun saya di sini, mereka selalu komen dan bercanda (bergurau), ada yang menyokong saya mengatakan ‘good luck, tapi Malaysia harus menang!’,” katanya.

Pernah digelar sebagai ‘Messi Indonesia’ dan diangkat ESPN Soccernet antara pemain Asia yang perlu dilihat pada 2012, pengalaman beraksi di Malaysia dan keupayaan Andik menjadi taruhan jurulatih Indonesia, Simon McMenemy.

Bukan Andik sahaja, malah tiga lagi pemain yang pernah beraksi dalam kancah Liga Malaysia iaitu Saddil Ramdani, Evans Dimas dan Ferdinand Sinaga turut menjadi sandaran penting Garuda untuk menundukkan Harimau Malaya.



[ad_2]
Source link