[ad_1]

KUALA LUMPUR: Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad ke majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran parti Gerakan tidak disenangi parti DAP.

Perkara itu didedahkan oleh Perdana Menteri dalam sesi wawancara di saluran YouTube The Malaya Post pada Sabtu malam.

“Saya dulu kenal dengan mereka (pemimpin Gerakan)… walaupun kita punyai pendapat politik yang berbeza ini tidak bermakna hubungan kita dengan kawan-kawan kita perlu diputuskan,” kata Dr Mahathir menjawab rasa tidak senang DAP yang juga sebahagian daripada komponen dalam kerajaan Pakatan Harakan.

Pada 25 Januari lalu, Dr Mahathir menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina parti Gerakan di Menara PGRM, Cheras, di sini.

Pada majlis itu, Perdana Menteri diiringi isterinya,  Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Hadir sama, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Presiden Gerakan, Dr Dominic Lau dan barisan tertinggi Parti Gerakan.

Dominic dalam reaksinya menyifatkan kehadiran Dr Mahathir sebagai satu signifikan besar kepada parti yang sememangnya menjadi satu tradisi menjemput Perdana Menteri ke Majlis Rumah Terbuka setiap tahun.

Jemputan itu juga, kata Dominic, tidak bertentangan dengan prinsip Gerakan.

“Gerakan masih mengekalkan kuasa ketiga dalam arena politik negara bagaimanapun apa yang lebih penting adalah idealogi parti itu sendiri.

“Kami kekal memperjuangkan keadilan untuk semua bangsa Malaysia tanpa memihak kepada mana-mana kaum dan juga agama ke arah negara yang lebih sejahtera pada masa akan datang,” katanya.



[ad_2]
Source link