[ad_1]

KUANTAN: Penularan berita mengenai keadaan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Anuar Tahir yang didakwa mengalami hilang ingatan adalah tidak benar dan dilakukan oleh mereka yang tidak bermoral.

Setiausaha Sulit beliau, Ahmad Tarmizi Ismail yang menafikan perkara itu berkata, Mohd Anuar yang sedang dirawat di hospital kini dalam fasa pemulihan dan dijangka keluar dalam masa terdekat.

Menurut Ahmad Tarmizi lagi, Mohd Anuar kini sedang menerima rawatan fisioterapi dan tidak perlu menjalani sebarang pembedahan.

“Beliau (Mohd Anuar) sihat dan sedang dalam proses pemulihan. Beliau diberi pemulihan melalui aktiviti fisio, maksudnya kalau ikutkan apa yang telah di beritahu oleh doktor ini menggambarkan beliau pulih,” katanya sewaktu ditemui selepas Majlis Sumbangan ‘Jom ke Sekolah 2020’ di Dewan Tun Abdul Razak, di Temerloh Pahang bagi mewakili Mohd Anuar.

Turut hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa, Zabidi Nasan.

BACA: Timbalan Menteri Anuar Tahir pengsan, dimasukkan ke HKL

Pada majlis itu seramai 400 orang murid dan pelajar di Parlimen Temerloh menerima sumbangan peralatan sekolah sumbangan Yayasan Taqwa.

Baru-baru ini tular dalam media sosial menyatakan Mohd. Anuar mengalami simptom hilang ingatan yang kritikal sehingga tidak mampu menjalankan tugas.



[ad_2]
Source link