[ad_1]

SELEPAS tular video kenyataannya yang dikatakan menghina Indonesia dan Gojek di negara itu, Pengarah dan Pengasas Big Blue Taxi, Datuk Shamsubahrin Ismail memohon maaf kepada pemandu perkhidmatan teksi motosikal itu dan rakyat Indonesia keseluruhannya.

Dalam satu sidang media pada Rabu, permohonan maaf itu dibuat selepas beliau menerima mesej dan maklum balas daripada rakyat negara tersebut termasuk menerusi akaun media sosialnya.

“Atas dasar hubungan yang baik antara kedua-dua negara, saya mohon maaf dan berharap tiada demonstrasi diadakan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

“Saya tidak berniat membuat tuduhan atau menghina rakyat Indonesia. Mereka ada di hati saya. Kenyataan saya hanya berdasarkan maklumat am yang dibaca daripada laporan media dan tidak terlintas langsung untuk melakukan penghinaan,” katanya.

Sidang media permohonan maaf itu dibuat Shamsubahrin selepas pemandu Gojek di Jakarta dilaporkan mengancam mahu mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan Kedutaan Malaysia di ibu negara Indonesia itu, sebagai tanda protes terhadap kenyataan Shamsubahrin.

Berikut adalah rakaman pemuh sidang media tersebut:



[ad_2]
Source link