[ad_1]

BANGKOK: Thailand akan meningkatkan pemeriksaan penumpang yang tiba dari negara-negara yang merekodkan jangkitan tempatan COVID-19 di semua pintu masuk ke negara itu.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Thanarak Plipat berkata selain penumpang dari negara asal virus itu, China, pihak berkuasa sedang meningkatkan pemeriksaan terhadap penumpang dari Singapura, Hong Kong, Vietnam dan Jepun yang dilaporkan berlaku jangkitan manusia ke manusia.

“Lebih banyak negara melaporkan jangkitan tempatan COVID-19 dan ini menjadikan Thailand berisiko untuk kembali dijangkiti.

[LAPOR LANGSUNG] COVID-19 Angka kematian terus meningkat

“Oleh itu, kami sedang meningkatkan pemeriksaan penumpang dari Singapura, Hong Kong, Vietnam dan Jepun di semua pintu masuk negara bagi mengekang penularan COVID-19,” katanya pada taklimat harian mengenai COVID-19 di sini, pada Ahad.

Setakat ini, 34 kes disahkan COVID-19 di Thailand dengan 15 daripadanya telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital manakala baki 19 lagi masih menerima rawatan. Terdapat 125 kes pesakit dalam siasatan (PUI) bagi COVID-19.

— BERNAMA



[ad_2]
Source link