[ad_1]

BANGKOK: Thailand secara rasmi melaporkan lima kes baharu COVID-19, iaitu hari kelima berturut-turut kes baharu harian mencatatkan satu digit dan sifar kematian menjadikan jumlah keseluruhan 3,009 kes dan jumlah kematian kekal 56.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata daripada lima kes baharu itu, tiga membabitkan rakyat Thailand yang kembali dari luar negara – seorang wanita berusia 41 tahun yang kembali dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan dua lelaki berusia 26 dan 27 tahun, yang kembali dari Pakistan.

Beliau berkata dua lagi kes mempunyai kaitan dengan kes yang disahkan sebelumnya – satu di Bangkok dan satu lagi di wilayah selatan Narathiwat.

Bagaimanapun, beliau berkata angka hari ini mengecualikan empat kes positif yang dikesan di pulau peranginan Phuket dan angka itu akan dimasukkan dalam perkiraan esok.

“Memandangkan situasi COVID-19 di Thailand semakin bertambah baik, Perdana Menteri Jen Prayuth Chan o-cha akan mempengerusikan mesyuarat pada 15 Mei untuk memuktamadkan perniagaan dan tempat yang akan dibuka pada fasa kedua dengan mengurangkan sekatan.



[ad_2]
Source link