[ad_1]

BANGKOK: Thailand melaporkan dua kes baharu COVID-19 dan sifar kematian hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif adalah 3,017 dan 56 kematian.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata dua kes baharu itu melibatkan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dan seorang wanita berusia 51 tahun dari Narathiwat.

Kedua-dua rakyat Thailand itu mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang telah disahkan.

“Sepanjang dua minggu lepas, kebanyakan kes dari selatan Thailand termasuk 23 kes yang dikesan di pusat tahanan imigresen di wilayah Songkhla, 16 kes (pengesanan kes aktif) dan 12 kes (yang kembali dari luar negara),” katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.

Thaweesilp berkata 50 dari 77 wilayah di Thailand tidak melaporkan sebarang kes COVID-19 sepanjang 28 hari yang lepas atau lebih.

Daripada 3,017 kes itu, beliau berkata Bangkok merekodkan bilangan kes COVID-19 tertinggi dengan 1,703 diikuti 726 di selatan, tengah (383), timur laut (111) dan 94 (utara).



[ad_2]
Source link