PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berterima kasih kepada Kambodia atas kesudian negara itu untuk membenarkan kapal persiaran MS Westerdam berlabuh di perairan negara itu selepas ditolak beberapa negara Asia.

Sebelum ini, empat buah negara telah menolak permintaan kapal Westerdam itu daripada berlabuh kerana bimbang penumpang yang berkemungkinan dijangkiti COVID-19 yang berada di dalam kapal tersebut.

Kebenaran berlabuh itu dibuat selepas mendapat persetujuan dan dialu-alukan oleh Perdana Menteri negara berkenaan, Hun Sen.

Trump menerusi ciapan di Twitter pada Jumaat, “Terima kasih kepada negara yang cantik, Kemboja kerana menerima kapal Westerdam @CarnivalCruise ke pelabuhan anda. Amerika Syarikat akan mengenang jasa baik anda.”

Kapal Westerdam yang dikendalikan oleh Carnival Corp, Holland America Inc, dibenarkan berlabuh di perairan berjarak satu kilometer dari pelabuhan utama Sihanoukville, Kemboja selepas dua minggu berlayar.

Dalam pada itu, dilaporkan seramai 1,455 penumpangnya mula turun daripada kapal dan pulang ke rumah pada Jumaat.

Bagaimanapun, tiada di antara mereka yang disahkan terkena jangkitan COVID-19 itu yang mana telah mengorbankan lebih 1,500 nyawa setakat ini.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen sebelum ini sering mengeluarkan tuduhan bahawa AS sering berhubung pelanggaran hak asasi manusia dan penghinaannya terhadap pembangkang sejak tahun 2017.

Beliau pada masa telah mendorong Kemboja ke arah lebih dekat dengan negara China, yang mana telah menyediakan berbilion ringgit bagi bantuan serta pinjaman kepada projek-projek infrastruktur serta sering berada di pihak Kemboja dalam menghadapi kritikan negara Barat.

BACA: COVID-19: Hun Sen alu-alukan penumpang MS Westerdam ke Kemboja 

BACA: COVID-19: Kematian di China meningkat kepada 1,524 orang





Source link