[ad_1]

SINGAPURA: Singapura tidak akan menghentikan pengaturan laluan hijau (green lane) sedia ada dengan sesebuah negara itu, walaupun terdapatnya laporan berlakunya gelombang kedua penularan COVID-19, selagi situasi di negara tersebut terkawal.

“Kami akan terus memantau situasi di semua negara di sekeliling kami. Ia satu situasi yang dinamik. Kami kenal pasti apa yang berlaku hari ini, situasinya boleh berubah,” kata Menteri Pembangunan Nasional Lawrence Wong di sidang media maya Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian mengenai COVID-19 pada Khamis. 

“Situasi akan sentiasa berubah, namun selagi situasi di negara itu secara keseluruhannya masih terkawal, dan ia tidak bermakna yang kita perlu dengan segera menghentikan pengaturan laluan hijau,” kata Wong yang juga pengerusi bersama pasukan petugas tersebut.

Wong menjelaskan pengaturan itu mempunyai protokol keselamatannya tersendiri.

“Penilaian secara am kami ialah jika situasi di negara itu secara amnya terkawal (di mana) peningkatan kes tidak melebihi sistem hospital mereka dan (ia) mampu untuk melaksanakan pengesanan kontak untuk mengawal kes-kes dan dapat menghalang penularan seterusnya.

“Jadi ia bukan sesuatu yang akan menyebabkan kami menghentikan pengaturan laluan hijau yang telah kami persetujui dengan negara-negara tersebut,” kata Wong.

Singapura mempunyai pengaturan laluan hijau bersama China dan dalam proses untuk mengadakannya dengan beberapa negara termasuk Australia, New Zealand, Korea Selatan dan juga Malaysia.

Negara-negara terbabit dinilai untuk mempunyai risiko pada tahap sama atau lebih rendah jangkitan dalam komuniti berbanding Singapura, di mana pergerakan keperluan dalam jumlah yang terhad dengan kawalan boleh dilakukan dengan selamat.

Berkaitan perkembangan asrama pekerja asing, Wong berkata sehingga 23 Jun kira-kira 120,000 pekerja sama ada telah pulih atau telah diuji bebas daripada virus tersebut.

Antära mereka, 80,000 telah kembali bekerja manakala selebihnya masih menunggu perpindahan ke kediaman yang sesuai sebelum mereka mula bekerja, kata menteri itu.

“Kami jangkakan pada akhir Julai, kira-kira 250,000 pekerja asing atau 80 peratus pekerja yang tinggal di asrama, akan pulih atau melepasi protokol pemeriksaan kami,” kata Wong.

Negara itu mempunyai kira-kira 320,000 pekerja asing.

Pasukan Petugas itu juga mengumumkan yang Singapura akan teurs meluaskan usaha pemeriksaan komunitinya kepada semua individu berusia 13 tahun ke atas, yang dikesan dengan jangkitan respitori akut (ARI), bermula 1 Julai 2020.

— BERNAMA

 



[ad_2]
Source link