[ad_1]

TOKYO: Seorang penumpang kapal persiaran Diamond Princess yang disahkan positif wabak coronavirus (COVID-19) meninggal dunia.

Kematian terbaharu yang direkodkan itu menjadikan jumlah penumpang kapal berkenaan yang meninggal dunia seramai tujuh orang, lapor stesen penyiaran Jepun, NHK pada Sabtu.

Mangsa dilaporkan bukan warganegara Jepun, kata NHK, tanpa mendedahkan butiran latar belakang penumpang berkenaan termasuk umurnya.

Bagaimanapun, kematian mangsa berkenaan akibat wabak yang semakin membimbangkan itu menjadikannya warga asing kedua di kapal berkenaan selepas seorang lelaki warga Britian meninggal dunia bulan lalu.

Kapal yang membawa lebih 2,600 penumpang dan 1,045 kru ini sedang dikuarantin di pelabuhan Yokohama, Jepun sejak awal bulan Februari.

BACA: COVID-19: Dua penumpang kapal persiaran Diamond Princess meninggal dunia – Laporan



[ad_2]
Source link