[ad_1]

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan agar semua perhimpunan termasuk mesyuarat antarabangsa ditangguhkan sehingga 30 April depan.

Demikian jelas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di mana langkah itu diambil bagi menangani penularan COVID-19 di negara ini.

“Kerajaan telah memutuskan agar semua perhimpunan termasuk mesyuarat antarabangsa, acara sukan, sosial dan keagamaan ditangguhkan atau dibatalkan mengikut kesesuaian sehingga 30 April 2020. Keputusan ini akan diteliti semula sekiranya situasi COVID-19 bertambah baik,” kata Perdana Menteri dalam perutusan khas berkaitan COVID-19 pada Jumaat malam.

Malah Muhyiddin berharap agar garis panduan bagi perhimpunan ibadat di masjid seperti mana yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri diikuti pihak berkuasa Agama Islam di Negeri,

“Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama telah mengeluarkan Garis Panduan bagi perhimpunan ibadat di masjid untuk mengelakkan penularan COVID-19.

“Saya berharap pihak berkuasa Agama Islam di negeri-negeri turut mengeluarkan garis panduan yang serupa dengan mengambil kira nasihat dan arahan daripada pihak berkuasa, khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia,” jelas Muhyiddin

Acara keagamaan berskala besar pula perlu mengambil kira nasihat dan arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke semasa.



[ad_2]
Source link