[ad_1]

SEORANG saintis mendakwa telah diturunkan pangkat selepas cuba menghalang penggunaan ubat malaria sebagai rawatan COVID-19 di Amerika Syarikat (AS).

Susulan itu, bekas Pengarah Biomedical Advanced Research and Development Authority di AS, Dr Rick Bright, memfailkan satu aduan sebagai pemberi maklumat pada Selasa.

Presiden Donald Trump sebelum ini tekad mempromosi ubat malaria, hydroxychloroquine, sebagai rawatan COVID-19, walaupun ia bercanggah dengan saranan Dr Rick.

Ini kerana, masih tiada bukti kukuh yang menunjukkan ubat berkenaan mampu merawat penyakit itu.

Dr Rick turut mendakwa telah mengulangi amaran mengenai wabak COVID-19 sejurus selepas pengisytiharan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Januari lalu.

Namun, kata beliau, amaran itu tidak diambil serius oleh White House, sekali gus gagal mengambil langkah awal bagi membendung wabak berkenaan.

Dalam aduannya, beliau menggesa supaya jawatannya sebagai pengarah dikekalkan serta siasatan penuh dijalankan terhadap kes tersebut.



[ad_2]
Source link