[ad_1]

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah sudah mengambil maklum berhubung sekumpulan tabligh dari Tawau yang disyaki mempunyai kaitan dengan COVID-19 baru-baru ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pihaknya telah memaklumkan perkara itu kepada polis dan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk membuat tindakan lanjut.

“Kita kena pastikan dikuarantinkan sekiranya mereka berasal di peringkat negeri Sabah dan keadaan ini kalau mereka datang daripada tempat-tempat tertentu maka kita gunakan templat sama yang ada dasar.

” Prosedur yang kita telah nyatakan bagaimana untuk membendung perkara ini … alhamdulillah negeri Sabah setakat ini walaupun kita banyak terima banyak pelancong daripada China,” katanya.

BACA: COVID-19: KKM jejaki 5,000 jemaah tabligh Masjid Sri Petaling

Terdahulu semalam, Astro AWANI melaporkan seramai 350 ahli tabligh sekitar daerah Tawau, Sabah yang menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu digesa melakukan saringan kesihatan di Klinik Kesihatan Jenis 2, Jalan Chong Thien Vun.

Setakat ini, seorang lelaki berusia 58 tahun dipercayai merupakan kontak rapat dengan lelaki warga Brunei positif COVID-19 selepas menyertai perhimpunan itu telah dikuarantin di Hospital Tawau.



[ad_2]
Source link