[ad_1]

SAO PAULO: Ribuan kubur digali di Sao Paulo, Brazil ketika negara itu berjuang memerangi wabak COVID-19.

Lebih dari 13,000 kubur digali di Tanah Perkuburan Vila Formosa ketika negara itu bersedia berdepan dengan lebih banyak kematian akibat COVID-19, yang telah membunuh ratusan ribu orang di seluruh dunia. 

Bagi ahli keluarga, ini merupakan momen yang paling sukar buat mereka.

“Saya hanya bayangkan betapa sakitnya kami rasa dan kini, abang kami tidak dapat dikebumikan dengan sempurna.

Lebih dari 13,000 kubur  digali di Tanah Perkuburan Vila Formosa ketika negara itu bersedia berdepan dengan lebih banyak kematian akibat COVID-19

“Kali terakhir saya melihatnya adalah semasa dia dimasukkan ke ICU dan dia tidak kembali lagi. Itulah kali terakhir saya melihatnya,” ujar Marcilene Dias da Silva, adik beradik perempuan kepada salah seorang mangsa yang maut akibat COVID-19.

Pengebumian telah pun bermula  dengan para pekerja perkuburan memakai pakaian perlindungan diri (PPE).

Mereka berharap agar kesemua lubang kubur yang digali tidak digunakan.

“Setiap hari saya menggali lubang kubur. Tetapi kami berharap kita tidak menggunakan kesemuanya.

“Saya berdoa kepada Tuhan setiap hari,” kata  Alexandre Rodrigues Valverde, petugas di Tanah Perkuburan Vila Formosa.

Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, sebelum ini tidak mengambil serius penyebaran virus itu dengan menyamakannya sebagai selesema.

Brazil, negara terbesar di Amerika Latin itu, kini mempunyai lebih ramai mangsa dan kes positif daripada yang dilaporkan China.



[ad_2]
Source link