[ad_1]

PARIS: Perancis mengumumkan cadangan untuk melanjutkan perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan bagi membendung koronavirus kepada dua bulan lagi.

Menteri Dalam Negeri, Olivier Veran memaklumkan ia sekali gus bermakna sekatan akan dilaksanakan hingga 24 Julai depan.

Kerajaan memutuskan adalah terlalu awal untuk melonggarkan perintah sekatan pada bulan ini.

Negara itu sudah melaksanakan sekatan sejak 24 Mac lalu.

Perintah kawalan lanjutan juga menggariskan beberapa syarat untuk pelancong dari luar negara.

Rang undang-undang berkaitan lanjutan sekatan akan dikemukakan pada Isnin dan dijangka diwartakan hujung minggu depan.

Ia turut mewajibkan pelancong yang tiba untuk menjalani kuarantin selama 14 hari.

Perancis merupakan salah satu negara Eropah yang terjejas teruk dengan virus itu.

Ia mencatatkan 24,594 kematian daripada 167,346 kes positif.



[ad_2]
Source link