[ad_1]

PUTRAJAYA: Jumlah jangkitan harian COVID-19 kembali kepada dua angka dengan hanya 15 kes positif dilaporkan sepanjang 24 jam yang lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia adalah hasil pendekatan tertumpu kerajaan dalam membendung penularan kes COVID-19.

“Setelah peningkatan jumlah kes COVID-19 yang dilihat beberapa hari lalu di Malaysia, hari ini didapati kes baharu telah berkurang kembali kepada dua angka.

“Daripada jumlah kes baharu hari ini iaitu 15 kes, sebanyak lima kes adalah penularan tempatan di kalangan warganegara Malaysia.

“Peningkatan kes positif COVID-19 yang dilaporkan sejak beberapa hari lepas adalah disebabkan oleh pengesananan kes-kes COVID-19 di beberapa Depot Tahanan Imigresen (DTI) dan lain-lain kluster aktif yang melibatkan bukan warganegara Malaysia,” katanya pada sidang media harian di sini pada Rabu.

Mengikut statistik, sehingga jam 12 tengah hari Rabu, terdapat 15 kes baharu yang telah dilaporkan sekali gus menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,619 kes.

Sementara jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,421 kes.

Menurut Noor Hisham, daripada 15 kes baharu yang dilaporkan, enam kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan daripada sembilan kes penularan tempatan pula, empat kes adalah bukan warganegara Malaysia.

Pada masa sama, tiada kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes iaitu 1.51 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.



[ad_2]
Source link