[ad_1]

KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan pertambahan lima kes positif COVID-19 menjadikan jumlah kes itu di Sarawak seramai 50 kes.

Menurut kenyataan rasmi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, lima kes baharu ini dirawat di Hospital Umum Sarawak sebanyak dua kes, Hospital Sibu dua kes dan satu kes di Hospital Bintulu.

Pada hari ini sebanyak 115 kes baharu pesakit direkodkan di bawah pemerhatian (PUI) jangkitan COVID-19 dengan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 655 kes.

Sebanyak 285 kes adalah negatif dan 320 kes PUI masih menunggu keputusan makmal.

Sementara itu, mereka yang merupakan kontak rapat dengan kes positif COVID-19 diminta untuk menghubungi pejabat kesihatan bahagian terdekat bagi memaklumkan status kesihatan masing-masing.

Untuk pengetahuan, ujian pengesahan hanya akan dijalankan ke atas kontak rapat yang bergejala setelah penilaian dibuat oleh pengamal perubatan.



[ad_2]
Source link