[ad_1]

SEOUL: Bandar raya Seoul yang masih belum reda sepenuhnya daripada tempias wabak COVID-19 diarahkan untuk  menutup 2,100 kelab malam dan pusat hiburannya bagi mengelakkan penyebaran virus itu.

Datuk Bandarnya, Park Won-soon memberi amaran, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana perniagaan yang melanggar perintah tersebut.

Ujarnya, larangan itu akan dikekalkan sehingga bandar itu disahkan kurang risiko jangkitan COVID-19.

Korea Selatan pada  Ahad melaporkan pertambahan 34 kes baru COVID-19, tertinggi dalam tempoh sebulan.

Sebilangan besar kes dalam beberapa hari kebelakangan ini ada kaitan dengan kelab malam di kawasan hiburan Itaewon di Seoul.

Seorang lelaki berusia 29 tahun telah mengunjungi tiga kelab malam di kawasan tersebut sebelum disahkan positif minggu lalu.

Data dikeluarkan Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Korea menunujukkan negara itu merekodkan 10,874 kes dengan 256 kematian.

Dalam pada itu, Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in pada Ahad menggesa orang ramai agar tidak panik dengan perkembangan terbaru itu.



[ad_2]
Source link