[ad_1]

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengesahkan beberapa berita palsu berkaitan COVID-19 serta penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk dakwaan saman RM300 terhadap pengguna jalan raya yang menaiki kereta lebih daripada seorang.

Menerusi kenyataan pada Selasa, Pasukan Respon Pantas KKMM turut menafikan dakwaan individu yang tidak memakai penutup hidung dan mulut dikenakan kompaun RM 200.

Sementara itu, kenyataan itu turut menyebut, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan empat lelaki India positif COVID-19 lari dari Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang.

“Selain itu, pihak Hospital Dungun menafikan kesemua staf hospital itu dikuarantin. Walaupun terdapat kes positif COVID-19 di hospital itu, arahan kuarantin tidak membabitkan semua staf seperti didakwa,” katanya.

Dalam pada itu, KKMM juga menafikan dakwaan bahawa hilang selera makan dan deria bau sebagai antara simptom baharu COVID-19.

Kenyataan itu juga menyebut, Pejabat Menteri Besar Selangor menafikan dakwaan beberapa lokasi panas wabak COVID-19 meliputi kawasan Sungai Lui, Sungai Ramal Dalam, Sungai Merab dan Jalan Kebun yang kononnya dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara Selangor.

.



[ad_2]
Source link