[ad_1]

TOKYO: Tokyo mengesahkan 107 kes baharu COVID-19, yang tertinggi sejak awal Mei, menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk gelombang baru wabak tersebut ketika perniagaan kembali normal.

Gabenor Tokyo, Yuriko Koike memaklumkan, kebanyakan jangkitan melibatkan individu berusia 20 hingga 30-an yang dikaitkan dengan aktiviti hiburan pada waktu malam.

Pada masa sama, beliau mendesak para pekerja secara proaktif mengambil ujian saringan dan langkah-langkah keselamatan selain meminta penduduk untuk tidak mengunjungi kawasan aktiviti hiburan pada waktu malam.

Ketua Kabinet, Yoshihide Suga bagiamanapun memaklumkan, situasi semasa masih terkawal namun memberi amaran bahawa darurat akan diperintahkan sekiranya keadaan semakin buruk.

Jepun menari balik perintah darurat selama tujuh minggu pada akhir Mei lalu.



[ad_2]
Source link