BEIJING: Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan negara China memaklumkan angka kematian di republik itu akibat wabak COVID-19 meningkat kepada 1,524, setakat Sabtu.

Pihak berkuasa itu berkata, sebanyak 66,492 kes positif telah dilaporkan, dengan 2,280 kes baharu dikesan, sementara seramai 143 orang maut dalam tempoh 24 jam lalu.

Bagi kes di luar tanah besar China, sebanyak 56 kes dikesan di Hong Kong dan 10 di Macau, manakala kes yang berada di bawah pemantauan menunjukkan penurunan kepada169,039 orang.

COVID-19 mula dikesan di Wuhan yang terletak di wilayah Hubei pada Disember lalu sebelum virus berkenaan merebak ke lebih 25 negara lain, setakat ini.

[LAPOR LANGSUNG] COVID-19 Angka kematian terus meningkat

Januari lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu sebagai darurat kesihatan global.





Source link