[ad_1]

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) terus mencatatkan peningkatan kematian dan kes positif pandemik COVID-19 di sebalik usaha pentadbiran Presiden Donald Trump untuk merancakkan semula ekonomi negara itu.

Sejak kes pertama positif dilaporkan pada 20 Januari lalu, AS kini merekodkan 1.13 juta kes positif dan lebih 66,000 kematian.

Ia kini merekodkan 20 kematian bagi setiap 100,000 penduduknya serta 347 kes positif bagi setiap 100,000 penduduk.

New York paling teruk terjejas dengan 319,000 kes positif serta lebih 24,000 kematian.

Ia diikuti dengan New Jersey iaitu sebanyak 123,000 kes positif serta lebih 7,000 kematian.

Selain Pulau Samoa Amerika, kesemua wilayah dan kepulauan di AS telah merekodkan kes positif serta kematian COVID-19.



[ad_2]
Source link