[ad_1]
Peruncit fesyen kedua terbesar dunia itu dalam satu kenyataan berkata keputusan sama turut dilakukan membabitkan cawangan di Kanada, Portugal dan Belgium.
Difahamkan, penutupan tersebut berkuat kuasa 17 Mac hingga 2 April ini.
Syarikat itu berkata pekerja yang terjejas akibat penutupan akan terus menerima gaji selama dua minggu.
Dalam pada itu, kenyataan itu memaklumkan cawangan H&M di China kembali beroperasi dan pulih secara beransur-ansur, selain sedang memberi tumpuan kepada penyesuaian pembelian dan produk.
Terdahulu, H&M mengumumkan penutupan semua rangkaian kedai mereka termasuk di Itali, Sepanyol, Republik Czech, Bulgaria dan Perancis.
H&M mempunyai lebih daripada 5,000 cawangan di 74 pasaran di seluruh dunia.
[ad_2]
Source link