[ad_1]

KERAJAAN Arab Saudi kini menghalang rakyatnya sendiri untuk memasuki Kota Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah kerana risiko penyebaran wabak COVID-19.

Pengumuman itu disahkan oleh agensi berita tempatan yang memetik sumber daripada Kementerian Dalam Negeri.

Bagaimanapun, pihak berkuasa terbabit tidak menjelaskan mengenai tempoh halangan kemasukan tersebut akan dikenakan.

Minggu lalu, Arab Saudi menghalang kemasukan warga asing ke Kota Mekah dan Madinah akibat risiko penularan COVID-19.

BACA: Lebih 100 jemaah umrah Malaysia, Indonesia terkandas di KLIA

BACA: COVID-19: Kerajaan Arab Saudi gantung sementara visa umrah

Sekatan itu telah membantutkan rancangan perjalanan jutaan umat Islam yang telah membuat persiapan untuk mengerjakan umrah.

Ia juga mungkin akan menjejaskan jutaan lagi jemaah yang ingin mengerjakan ibadah pada bulan Ramadan dan musim Haji yang bakal tiba tidak lama lagi.



[ad_2]
Source link