[ad_1]

STATISTIK daripada Johns Hopkins University menunjukkan angka kematian global akibat COVID-19 meningkat sebanyak 2,000 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Jumlah kumulatif kematian global setakat ini adalah 459,474 kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 119,000 kes.

Brazil dan United Kingdom berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan 48,000 dan 42,000 kes korban.

Kes kematian di Itali akibat virus berkenaan pula melebihi 34,000 kes.

Dalam pada itu, Perancis dan Sepanyol masing-masing mencatatkan 29,000 dan 28,000 kes maut.

Negara lain masih mencatatkan angka korban di bawah 20,000 kes.

Sementara itu, jumlah pesakit yang telah sembuh daripada virus itu meningkat kepada lebih 4.29 juta orang.



[ad_2]
Source link