[ad_1]

ANGKA kematian akibat COVID-19 terus meningkat.

Statistik daripada Johns Hopkins University menunjukkan angka korban global meningkat 4,000 kes dalam tempoh 24 jam.
 
Jumlah kumulatif kematian global kini lebih 473,000 kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 120,000 kes.

Statistik daripada Johns Hopkins University menunjukkan angka korban global meningkat 4,000 kes dalam tempoh 24 jam.
Brazil dan United Kingdom berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan 51,000 dan 43,000 kes korban.

Kes kematian di Itali akibat virus berkenaan pula melebihi 34,000 kes.

Dalam pada itu, Perancis dan Sepanyol masing-masing mencatatkan 29,000 dan 28,000 kes maut.

Mexico negara terakhir merekodkan angka kematian melepasi 20,000 kes dengan keseluruhan lebih 22,000 kes.



[ad_2]
Source link