[ad_1]

ANGKA kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan pertambahan lebih 4,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Pertambahan kes kematian harian yang tinggi di Brazil dan India melonjakkan jumlah kumulatif kematian global kepada lebih 408,000.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 111,000 kes.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 111,000 kes.
United Kingdom (UK) merekodkan kes kematian kedua tertinggi dengan jumlah kumulatif 40,968 kes.

Peningkatan kes positif COVID-19 di Brazil turut mendorong kenaikan kes kematian dengan jumlah kumulatif 37,000.

Manakala kes kematian di Itali berada pada paras 34,000 kes.

Sementara itu, Sepanyol dan Perancis masing-masing mencatatkan angka kematian 29,000 dan 27,000 kes.

Negara lain masih mencatatkan angka korban di bawah 14,000 kes.

Dalam pada itu, dunia terus menyaksikan perkembangan positif bagi kes pesakit yang telah sembuh dengan 3.35 juta pesakit dibenarkan discaj.



[ad_2]
Source link