[ad_1]

JUMLAH kumulatif kematian global akibat COVID-19 kini mencecah lebih 575,000 kes.

Statistik daripada Johns Hopkins University menunjukkan angka kematian seluruh dunia meningkat lebih  5,000 dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 136,000 kes.

Brazil dan United Kingdom berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan 72,000 dan 45,000 kematian.

Itali, Mexico dan Perancis merekodkan angka kematian masing-masing 35,000, 34,000 dan 30,000.

Sepanyol dan India pula masing-masing merekodkan 28,000 dan 23,000 kes maut.

Negara-negara lain masih merekodkan angka kematian di bawah 13,000 kes.



[ad_2]
Source link