[ad_1]

KES positif COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan jumlah kumulatif melepasi 3.5 juta orang.

Amerika Syarikat (AS) merupakan satu-satunya negara yang mempunyai angka jangkitan melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif kes positif 1.172 juta kes.

Sepanyol dan Itali masing-masing melepasi angka 217,000 kes jangkitan dengan kumulatif kes masing-masing 216,000 dan 211,000 kes.

Kes positif COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan jumlah kumulatif melepasi 3.5 juta orang.

Sementara itu, United Kingdom dan Perancis menjadi negara keempat dan kelima mempunyai kes jangkitan antara tertinggi dengan 191,000 dan 168,000 kes.

Dalam pada itu, Jerman menjadi negara keenam tertinggi merekodkan kes positif dengan 165,000.

Rusia kini negara ketujuh tertinggi mengatasi Turki selepas merekodkan peningkatan mendadak dengan 145,000 kes.

Manakala Turki dan Brazil pula masing-masing merekodkan kes positif 127,000 dan 102,000 kes.



[ad_2]
Source link