[ad_1]

BEIJING: Kerajaan China meminta semua pasangan yang merancang untuk berkahwin pada tarikh ‘cantik’ esok iaitu 02022020 agar membatalkan niat mereka dalam usaha mengekang penularan wabak novel koronavirus.

Ia susulan virus berkenaan yang semakin serius telah merekodkan 259 kematian di China dengan jumlah jangkitan kes hampir 12,000 di seluruh dunia
.
Tarikh 2 Februari disifatkan sebagai bertuah untuk mengadakan majlis perkahwinan ekoran susunan nombornya sama jika dibaca dalam keadaan terbalik.

Menurut kenyataan Kementerian Perhubungan Awam negara itu, semua pasangan yang telah mendaftarkan perkahwinan mereka pada tarikh berkenaan dinasihatkan untuk membatalkan majlis berkenaan.

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Koronavirus ragut lebih 250 nyawa

“Buat masa ini adalah lebih baik tangguhkan sebarang majlis perkahwinan. Bagi upacara kematian, adakah majlis dalam keadaan sederhana bagi mengelakkan kesesakan.

“Mangsa yang meninggal dunia akibat koronavirus pula dinasihatkan agar dikebumikan dalam keadaan segera dan kakitangan yang membantu menguruskan pengebumian perlu mengenakan pakaian yang sesuai,” katanya.

Wabak novel koronavirus memaksa China mengeluarkan larangan perjalanan secara drastik pada sambutan Tahun Baharu Cina yang menyaksikan warga negara itu berkunjung dari sebuah lokasi ke lokasi lain sepanjang tempoh perayaan.

Sekolah dan universiti pula diarahkan untuk tidak dibuka selepas sambutan berkenaan selain kelompok yang bekerja diminta untuk mengurangkan kesesakan dan hanya bekerja dari rumah.



[ad_2]
Source link