[ad_1]

PASUKAN Chelsea harus membiasakan diri untuk berdepan dengan tekanan semasa aksi Liga Perdana Inggeris (EPL)

Itu luahan pengurus Chelsea, Frank Lampard yang mahu pasukannya itu konsisten dalam permainan selepas menewaskan Watford pada awal pagi Ahad.

Dalam aksi di laman sendiri, Chelsea nyata selesa dengan gol pembukaan oleh Olivier Giroud mengikat umpan pintar Ross Barkley dan melakukan rembatan kaki kiri ke sudut kanan bawah gawang.

Sebelum babak pertama berakhir, sepakan penalti Willian berjaya membolosi gawang Watford.

Dalam babak kedua, satu gol lagi hasil Rose Barkley berjaya dihasilkan pada minit-minit akhir perlawanan menjadikan Chelsea menang besar 3- 0 ke atas Watford.

The Blues kini memenangi tiga dari empat perlawanan mereka sejak saingan liga bermula Jun lalu.

Chelsea kini di tangga keempat liga dan diekori rapat oleh Manchester United dengan kurang dua mata.



[ad_2]
Source link