Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Terma hybristophilia mungkin kedengaran sedikit janggal bagi segelintir rakyat di negara ini. Untuk pengetahuan anda, hybristophilia merupakan tabiat seseorang yang jatuh cinta dan tertarik dengan wajah penjenayah.

Seperti kisah tular Cameron Herrin, 21 tahun, penjenayah kacak yang berjaya membuat ramai pengguna TikTok  di serata dunia mula ‘jatuh cinta’ sekaligus simpati ke atas dirinya selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 24 tahun, atas kesalahan berlumba kereta sehingga menyebabkan Jessica, 24 tahun dan bayi perempuannya, Lilia terkorban ketika mahu melintas jalan, pada tahun 2018 lalu, lapor Metro UK.

Susulan itu, ramai pengguna TikTok mendesak pihak mahkamah supaya memberi peluang kedua kepada Herrin hanya disebabkan wajahnya yang kacak. Tanda pagar #cameronherrin sebagai sokongan terhadap Herrin juga sudah trending di TikTok berikutan ramai pengguna aplikasi tersebut mula menghasilkan konten video yang memaparkan kisah Herrin bersertakan penggunaan lagu sedih.

Dalam pada itu, salah satu video TikTok yang memaparkan wajah kacak Herrin, dimuat naik oleh pengguna TikTok hala (@3khi), mula tular setelah dikecam oleh penyanyi terkenal antarabangsa, Charlie Puth.

@3hki

♬ original sound – hala

Menerusi video tersebut dan menjengah ke ruangan komen, dapat dilihat bahawa Charlie Puth melemparkan komen ‘pedas’ dan amaran kepada pengguna TikTok tersebut kerana telah menggunakan remix lagu duetnya bersama penyanyi, Selena Gomez, berjudul We Don’t Talk Anymore dalam penghasilan video yang berkaitan dengan kisah Cameron Herrin.

photo_2021-07-16_12-53-12

Berikutan itu, rata-rata netizen di Twitter juga menzahirkan rasa hormat kepada Charlie Puth atas tindakan beliau yang sekeras-kerasnya membela kematian Jessica dan anaknya Lilia yang tekorban disebabkan dilanggar kereta yang dipandu laju mencecah 100mph oleh Cameron Herrin yang berlumba bersama rakannya di Florida.

Berharap pihak mahkamah bersikap adil dalam mengendalikan kes Cameron Herrini dan tidak mengurangkan hukuman penjara hanya disebabkan wajahnya yang kacak itu. Semoga keadilan berpihak kepada keluarga mendiang Jessica Raubenolt dan anaknya.

Bagi yang terlepas berita mengenai Cameron Herrin, anda boleh membaca kisah mengenainya menerusi klik pada pautan di bawah ini.

Miliki Wajah Yang Kacak, Segelintir Pengguna TikTok Mahu Pesalah Ini Diberi Peluang Kedua

Cantik Tetapi Psiko, Kisah Di Sebalik Gadis Berbaju Penjara Yang Tular Di Media Sosial

Kenali Khaby Lame, TikToker Yang Berjaya Buat Orang Ramai Terhibur Dengan Hanya Mimik Muka




Source link

Join to newsletter.

Curabitur ac leo nunc vestibulum.

Thank you for your message. It has been sent.
There was an error trying to send your message. Please try again later.

Continue Reading

Get a personal consultation.

Call us today at (555) 802-1234

Request a Quote

Aliquam dictum amet blandit efficitur.