[ad_1]

KULIM: Angkara cemburu dan sering memukul teman wanita merupakan  motif kejadian pembunuhan ejen pengurusan mayat yang ditemui mati di tepi jalan di Kampung Kilang Baru, dekat sini pada 10 Disember lalu.

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob, hasil kecekapan anggota Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim berjaya menahan lima suspek sehari selepas kejadian iaitu.

Kelima-lima suspek itu terdiri daripada empat orang lelaki dan seorang wanita.

Menurut Zainuddin, siasat mendapati, suspek wanita berkenaan merupakan teman wanita mangsa dan telah menjalinkan hubungan lebih dua tahun.

Bagaimanapun, sebaik mengetahui teman wanitanya itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain, mangsa sering bertindak memarahi dan memukulnya.

Tidak tahan dengan pelakuan mangsa yang sering memukulnya, teman wanitanya itu bertindak memaklumkan kepada anggota keluarganya yang lain.

“Kes ini kita telahpun kita rujuk ke pihak pendakwraya dan di bawah Seksyen 302 dan salah seorang telahpun dituduh di bawah seksyen tersebut dan kita anggap kes ini telah selesai.

“(Ini) satu kejayaan kepada polis Kulim kerana dapat menyelesaikan satu kes yang dramatik… kemungkinan kes bunuh ini (biasanya) akan memakan masa yang lebih panjang ada yang bertahun tahun baru kita dapat selesaikan.

“Ada juga kes bunuh yang kita tidak dapat selesaikan bertahun-tahun disebabkan kita kekurangan maklumat tetapi dalam kes ini kita dapat selesaikan dalam tempoh yang pendek,” katanya dalam sidang media di IPK Kedah di Alor Setar, pada Selasa.

Menurut beliau, kesemua suspek berusia antara 21 hingga 27 tahun.

Dua daripada suspek bekerja kilang sementara tiga lagi tidak bekerja.

Daripada kesemua jumlah itu, empat suspek tidak memiliki rekod kesalahan lampau manakala seorang lagi memiliki rekod berkaitan kesalahan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian 10 Disember lalu, mayat seorang lelaki dengan kesan hentakan di kepala dipercayai dengan menggunakan kayu batang cangkul ditemui.

Mayat mangsa ditemui di tepi jalan berhampiran kawasan pembenihan anak ikan Kampung Kilang Baru.



[ad_2]
Source link