[ad_1]

KUALA LUMPUR: Reformasi Sistem Pilihan Raya dicadangkan supaya semua parti politik di Malaysia boleh bertanding secara adil.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, parti politik tidak seharusnya memikirkan sama ada sistem baharu akan memberi mereka kemenangan atau tidak dalam pilihan raya akan datang.

“Mereka (parti politik) bercakap dari segi kemungkinan mereka untuk memenangi pilihan raya melalui sistem ini. Jika begitu, ia adalah sukar.

“Apa yang kita ingin capai adalah keadilan untuk semua. Jadi, tiada sesiapa yang akan mempunyai kelebihan daripada apa yang ada atau tiada dalam kerangka undang-undang bagi memenangi pilihan raya,” kata beliau ketika sesi temubual Consider This di Astro Awani pada Khamis malam.

Selain itu, beliau turut berpesan kepada rakyat bahawa reformasi sistem pilihan raya dibuat bakal memberi manfaat kepada semua di Malaysia.

Oleh itu, katanya, cadangan reformasi serta proses pilihan raya patut difahami setiap rakyat supaya mereka dapat menjalankan tanggungjawab demokrasi mereka.

Sebelum ini, Abdul Rashid dilaporkan berkata, jawatankuasa itu mengusulkan kepada kerajaan untuk menggantikan sistem pilihan raya sedia ada kepada sistem perwakilan berkadar (Proportional Representation).

Ketika ini, Malaysia menggunakan sistem pemenang kerusi terbanyak atau first-past-the-post.



[ad_2]
Source link