[ad_1]

KUALA LUMPUR: Buku khas bertajuk Memacu Negara oleh Indah Water Konsortium (IWK) mengupas secara ringkas lipatan sejarah sejak penubuhannya pada 1994 di samping merekodkan peristiwa penting sepanjang perkhidmatan syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam menjelaskan, 2019 merupakan tahun yang bermakna kepada syarikat kerana bukan sahaja mencapai usia 25 tahun malah memperolehi beberapa pencapaian yang membantu kecekapan perkhidmatan syarikat.

“Memandangkan operasi kami sejak 25 tahun, syarikat dan pekerjanya telah melalui banyak cabaran emosi, mental dan fizikal untuk sampai ke tempat kami hari ini.

“25 tahun yang mencabar, memberi syarikat dan pekerjanya pengalaman dan pelajaran berharga, kegagalan serta cerita kejayaan yang membantu kami memperbaiki, berubah dan maju.

“Apabila judul Memacu Negara dipilih, ia menunjukkan bahawa Indah Water Konsortium adalah agen pertumbuhan bagi negara kita,” katanya semasa berucap sebelum pelancaran buku Memacu Negara di sini, pada Selasa.

BACA: IWK ambil tindakan tegas potong perkhidmatan sistem pembetungan terhadap penghutang tegar

BACA: Hukuman lebih berat bagi yang terlibat dengan pencemaran air sedang dikaji

Pelancaran dilakukan Pengerusi IWK, Amiruddin Abdul Aziz.

Buku itu mencatat perjalanan merentasi waktu IWK selama 25 tahun berkhidmat untuk negara.

Ia bermula dengan sejarah ketika IWK mula ditubuhkan dan beroperasi selain merungkai kecekalan dalam kepayahan kakitangan syarikat itu yang menjadi tunggak kepada kecekapan dan keutuhan operasi.

Dalam pada itu, Narendran menjelaskan IWK kini berada dalam kedudukan yang baik selepas usaha kekitangannya selama ini yang bekerja gigih demi kebaikan syarikat.



[ad_2]
Source link