[ad_1]

PUTRAJAYA: Pembukaan semula Kedutaan Besar Malaysia di Pyongyang, Korea Utara menjadi antara fokus Kementerian Luar pada tahun 2020.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata menerusi usaha meningkatkan perwakilan Malaysia di luar negara, pihaknya juga akan membuka Perwakilan Malaysia ke Palestin yang akan berpusat di Amman, Jordan.

“Untuk Kedutaan Malaysia ke Palestin di Amman, kita sedang berbincang dengan Kementerian Luar Negeri Jordan. Bahkan, sebenarnya kita sudah ada Kedutaan Malaysia ke Jordan di Amman.

“MALAWAKIL kita sudahpun mulakan perbincangan dengan Kementerian Luar Jordan untuk mencari tempat yang sesuai dan melihat tarikh yang sesuai dan sebagainya. 


“Dengan Korea Utara pula, kita berharap pada suku pertama (2020). Timbalan Menteri Luar akan ke Korea Utara sebaik sahaja masa itu ditetapkan,” katanya pada sidang media di Wisma Putra di sini pada Jumaat.

Hadir sama pada sidang media itu adalah Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya dan Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala), Datuk Amran Mohamed Zin.

Ditanya mengapa keputusan ke atas Pyongyang itu dibuat ketika ini, Saifuddin berkata ia sebagai langkah sokongan dalam usaha rundingan damai antara Seoul dan Pyongyang.

“Kita (Malaysia) adalah sebuah negara yang bersahabat dan ingin bersahabat dengan semua negara.

“Apabila ia berkaitan Pyongyang dan mengapa kita mengaktifkan semua Kedutaan Besar ketika ini, ia sebagai langkah dalam menunjukkan sokongan kita dalam rundingan damai antara Korea Utara dan Korea Selatan.

“Kita juga telah nyatakan padangan kita bahawa kadang-kala kita memotivasi mereka untuk ke meja rundingan, berunding, dan kita perlu tunjukkan sokongan itu,” jelasnya.

Malah ujar Saifuddin, Malaysia juga akan membuka Konsulat Jeneral di Istanbul, Turki selain melantik Konsul Kehormat Malaysia di Iraq, Libya dan Yemen.

“Sementara, Iraq, Libya dan Yemen, kita masih menunggu. Masa – banyak bergantung mereka. Bila mereka kata mereka bersedia…

“Kami telah ada senarai nama (konsulat), (bagaimanapun) negara tersebut kena bersetuju. Kami telah ada ketiga-tiga nama untuk Iraq, Libya dan Yemen.

“Kalau kami nak lantik, tapi kalau negara itu tak setuju terima, tak boleh. Kebiasaanya, perlu persetujuan bersama. Hanya masa menentukan,” jelasnya.



[ad_2]
Source link