Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Pihak Mahkamah London baru-baru ini telah menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun kepada seorang bapa manakala anak lelakinya dikenakan hukuman penjara tiga tahun selepas mereka didapati bersalah kerana menjual barangan ciplak jenama terkenal di seluruh dunia iaitu Supreme.

Selain dipenjarakan, anak-beranak yang mahu dikenali sebagai Michele Di Pierro, 53 tahun dan anaknya, Marcello Di Pierro turut didenda sebanyak $10 juta (~RM48 juta) selepas Syarikat Supreme yang berpusat di New York berjaya mengesan bahawa mereka juga terlibat dalam pemalsuan pembukaan butik Supreme.

Difahamkan bahawa mereka telah membuka butik Supreme di beberapa negara di Eropah dan China sekaligus menjual barangan tiruan jenama Supreme. Penipuan anak-beranak ini juga dikatakan sangat licik sehinggakan mereka berjaya mendapat pengiktirafan cap dagangan atau trademark logo Supreme secara sah untuk menjual barangan fake Supreme ke negara yang mengiktiraf mereka seperti Itali, Indonesia, Singapura dan Sepanyol.

Michele-Di-Pierro

Michele Di Pierro. Sumber: Man of Many

Susulan dua kesalahan tersebut, pihak mahkamah di London telah mengarahkan tertuduh untuk hadir ke mahkamah untuk mengemukakan keterangan. Namun mereka gagal hadir ke mahkamah dan akhirnya mereka ditahan dengan kebenaran waran tangkap.

Dalam pada itu, Hakim Martin Beddoe menyifatkan bisnes anak-beranak ini merupakan satu model perniagaan yang ‘kurang ajar’ serta tidak jujur dalam adat berniaga barangan yang berjenama.

Selepas berjaya ditahan, Michele dengan lantang bersuara dan mengatakan bahawa tuduhan tersebut merupakan satu fitnah terhadap dirinya.

“Tuduhan ini sangat tidak masuk akal, bukti yang tidak berasas dan saya difitnah atas kesalahan memalsukan cap dagangan Supreme yang jelas ia sudah berdaftar secara sah.” kata Michele yang mempertahankan dirinya berdasarkan hujahan berlandaskan Undang-undang Fesyen.

Baca lagi artikel berkaitan Supreme menerusi klik pada pautan di bawah ini.

Jenama ‘Copy Ori’ Supreme Akhirnya Tewas Di China

Supreme Italia Buka Pula Butik ‘Flagship’ Di Shanghai, China

Koleksi Supreme ‘Swarovski Crystal’ Sudah Mula Dijual Kembali Setinggi RM12,000




Source link

Join to newsletter.

Curabitur ac leo nunc vestibulum.

Thank you for your message. It has been sent.
There was an error trying to send your message. Please try again later.

Continue Reading

Get a personal consultation.

Call us today at (555) 802-1234

Request a Quote

Aliquam dictum amet blandit efficitur.