Lebih mengejutkan, kumpulan yang popular dengan lagu Boys with Love itu turut merangkul empat anugerah utama yang dikenali sebagai ‘Daesang’ pada tahun ini.
Empat anugerah utama itu adalah Album Terbaik Sepanjang Tahun (Map of the Soul: Persona); Ikon Seluruh Dunia Sepanjang Tahun; Lagu sepanjang tahun (Boy With Luv) dan Artis Sepanjang Tahun.
BTS merupakan kumpulan pertama yang memenangi empat Daesang dalam sejarah anugerah itu.
Anugerah yang diadakan pada Rabu di Nagoya Dome di Jepun itu menyaksikan Park Bo Gum sebagai pengacara.
Anugerah lain yang dimenangi BTS pada MAMA 2019 adalah Kumpulan Lelaki Terbaik, Qoo10 Artis Lelaki Kegemaran, Video Muzik Terbaik untuk “Boy With Luv,” Persembahan Terbaik Kumpulan Lelaki dan Top 10 Kumpulan Pilihan Peminat Di Seluruh Dunia.
Menariknya, anugerah bagi kategori Album Terbaik Sepanjang Tahun itu disampaikan oleh pengacara terkenal Amerika Syarikat Jimmy Fallon menerusi sebuah video.