[ad_1]

PETUGAS bomba Perancis dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita berusia 83 tahun yang dikerat dan disumbatkan ke dalam peti sejuk, ketika sedang bertugas memadam kebakaran di sebuah rumah pada Tahun Baharu.

Menurut laporan akhbar Le Parisien, mayat tersebut disahkan milik Liliane Martin iaitu seorang wanita yang menetap di kawasan Haute-Vienne di Perancis.

Pada hari kejadian, pihak bomba dipanggil bagi membantu memadam kebakaran di Saint-Leonard-de-Noblat.

Sejurus selesai kerja memadam api, mereka mendapati terdapat sebuah rumah yang tidak berpenghuni.

Ketika memeriksa rumah berkenaan, mereka secara tidak sengaja menjumpai mayat yang dikerat dan disumbat ke dalam peti ais.

Malah, terdapat beberapa bahagian badan mangsa juga ditemui di kawasan bangsal berdekatan.

Cucu mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an dilapor membuat kenyataan bercanggah dan kini ditahan untuk siasatan lanjut.



[ad_2]
Source link