[ad_1]

JOHOR BAHRU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berjaya memadamkan 90 peratus kebakaran hutan seluas 12 hektar di Jalan Mega 1, Taman Perindustrian Nusa Cemerlang dekat Nusajaya yang berlaku pagi tadi.

Ketua Zon 1 JPBM Johor, Mohamad Faizul Selamat berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 10.32 pagi tadi dan mula menjalankan operasi pemadaman pada 11 pagi.

“Seramai 20 anggota daripada Balai Bomba Skudai, Pekan Nenas dan Bandar Baru Kulai dengan bantuan empat jentera dikerahkan ke kawasan kejadian yang terletak berdekatan dengan kawasan lebuh raya namun ia jauh dari kawasan penempatan. “Cuaca panas dan berangin pada hari ini mungkin antara penyebab api merebak. Tetapi kita juga tidak menolak kemungkinan kebakaran ini berlaku dengan sendirinya,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

— BERNAMA



[ad_2]
Source link