[ad_1]

JAKARTA: Presiden ketiga Indonesia Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie, kini dirawat secara intensif di Rumah Sakit (Hospital) Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto berikutan pelbagai masalah kesihatan yang dialaminya.

Menurut setiausaha peribadinya, Rubijanto, bekas presiden itu kini diberikan rawatan intensif oleh pasukan Doktor Kepresidenan Indonesia selepas dimasukkan ke hospital itu semalam.

Menurut Rubijanto, semua pihak tidak dibenarkan untuk menziarahi BJ Habibie untuk sementara waktu ini, katanya dalam satu kenyataan di sini. BJ Habibie, 83, adalah presiden Indonesia ketiga, menggantikan Presiden Soeharto dan menjawat jawatan itu bermula 21 Mei 1998 hingga 20 Okt 1999.

Sebelum ini, pada Mac 2018, BJ Habibie juga menerima rawatan intensif di Munich, Jerman akibat pelbagai komplikasi berkaitan jantung, paru-paru dan mengalami “asphyxia”. – BERNAMA



[ad_2]
Source link