[ad_1]

Ahli kumpulan K-Pop Top Secret (TST), Yohan, disahkan meninggal dunia, lapor Koreaboo.

Agensi yang mewakili kumpulan itu, KJ Music Entertainment, mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan.

“Kami membawa berita yang mendukacitakan dan sedih.

“Ahli TST Yohan meninggal dunia pada 16 Jun.

“Keluarga mendiang amat sedih ketika ini.

“Kami meminta pihak media untuk hentikan penyebaran khabar angin dan spekulasi berhubung punca kematiannya.”

Punca kematian Yohan, 28, bagaimanapun tidak didedahkan.

Mendiang membuat kemunculan pertama pada 2015 bersama kumpulan NOM sebelum menyertai TST pada 2017.

Terbaharu, TST mengeluarkan album “Countdown” pada Januari lalu.

Gambar terakhir yang dimuat naik oleh Yohan dua minggu lalu pada akaun Instagramnya kini dipenuhi dengan komen penghargaan daripada peminatnya.



[ad_2]
Source link